Return Of Tha' Boombox

Return Of Tha' Boombox ialah album studio ketiga dan terakhir oleh kumpulan hip hop Malaysia, Poetic Ammo dikeluarkan pada 2003 oleh Positive Tone dan diedarkan oleh EMI. Album ini telah menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-11. Ini merupakan album pertama Poetic Ammo tanpa dua ahli asalnya, Landslyde dan C. Loco yang meninnggalkan kumpulan itu pada 2001, dan yang pertama buat kumpulan ini sebagai dua ahli.[1][2]

Return Of Tha' Boombox

Dikeluarkan pada April 2003
Dirakam pada 2001–2003
Genre Hip hop
Syarikat Positive Tone, EMI